Saturday, March 25, 2006

Abdullah Badawi diminta selesai kenaikan harga minyak atau letak jawatan

Abdullah Badawi diminta selesai kenaikan harga minyak atau letak jawatan
Mar 03, 06

Oleh Harakahdaily KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi disifatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling lemah dan diminta menyelesaikan isu kenaikan harga minyak seger! a atau meletakkan jawatan.
Naib Presiden PAS, Husam Musa dalam ceramahnya di Kota Bharu baru-baru ini membuat tuntutan yang sama dan hari ini Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat desakan yang sama.

Menurut Husam, beliau difahamkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri mempunyai pendapat yang sama dan difahamkan beliau juga meminta Abdullah berhenti menjelang tahun 2007 tahun depan.

Ini berikutan kegagalan Abdullah dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri dan sering diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan masing-masing.
Yang terbaru, kenaikan harga minyak dikatakan tidak dibuat melalui Kabinet dan tidak juga melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Ia hanya dibuat melalui Jabatan Perdana Menteri sahaja.

Pengumuman kenaikan harga minyak 30 sen seliter pula dibuat menjelang tengah malam bukan selepas mesyuarat Kabinet sebagaimana biasa.

Anak Presiden Gerakan, Lim Sin Pin sendiri telah melahirkan kekecewaannya dengan kenaikan harga minyak ketika rakyat Malaysia menghadapi pelbagai masalah.

PM paling lemah dalam sejarah

Angkatan Muda hari ini mengisytiharkan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri yang paling lemah dalam sejarah perdana menteri negara ini.

Harakahdaily sebelum ini melaporkan, populariti Abdullah adalah paling rendah kini.
Tahun 2006 ini sahaja, beliau telah gagal sekurang-kurangnya di dalam tiga perkara iaitu:
Mengekalkan kabinet rasuah setelah menunggu ilham yang terlalu lama; Tidak konsisten di dalam tindakan beliau t! erhadap media yang melakukan penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan kegagalan yang terbaru iaitu menaikkan harga minyak di dalam keadaan di mana negara Malaysia merupakan negara pengekspot "net" (net exporter) dan mampu untuk menyerap kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa.

"Angkatan Muda ingin memberikan penegasan bagi pihak rakyat Malaysia bahawa PM Abdullah wajib menjelaskan kepada rakyat kemanakah perginya keuntungan Petronas yang turut naik hasil daripada kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa?" soal beliau.
Menurut laporan kewangan Petronas bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005 lalu, keuntungan Petronas ialah sebanyak RM 137.046 billion, meningkat sebanyak 40.5% berbanding tahun 2004. Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti ialah sebanyak RM 35.556 billion meningkat sebanyak 50.3% berbanding dengan tahun 2004. Dana bagi pemegang saham sahaja atau tabungan berjumlah 129.383 billion meningkat sebanyak 26 % berbanding denga! n tahun 2004.

Persoalannya, apakah rakyat masih lagi ingin dibebankan dengan kenaikan harga minyak walhal hasil negara terus meningkat? Apakah subsisdi sebanyak RM 4 billion yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri tidak boleh ditampung oleh Petronas? soal Shamsul.
Menurut Iskandar, walaupun Abdullah cuba mengaburi mata rakyat dengan memberikan perbandingan harga minyak dengan Negara-negara ASEAN yang lain, hakikatnya Malaysia adalah negara pengekspot "net" (net exporter) dan mampu untuk menyerap kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa.

"Angkatan Muda merasakan bahawa harga minyak di Malaysia tidak seharusnya di bandingkan dengan Negara-Negara ASEAN kecuali Brunei. Selain dari Brunei, kesemua Negara-Negara ASEAN adalah PENGIMPOT minyak (temasuk Indonesia semenjak 2004).
"Jadi, tidak hairan sekiranya mereka terpaksa menaikkan harga minyak. Brunei pula tidak perlu menaikkan harga minyak kerana Brunei adalah Negara pengekspo! t minyak, seperti Malaysia. Kenaikkan harga minyak hanya akan menambah keuntungan dalam Negara mereka," katanya.

PM Abdullah nampaknya, kata beliau, begitu senyap dan sunyi tentang kenaikan keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas.

Ini menyebabkan rakyat Malaysia kebingungan kerana pada waktu yang sama rakyat dihimpit dengan kenaikan harga minyak yang semakin tinggi.

Angkatan Muda juga melihat bahawa kenaikan harga minyak hanya akan merugikan rakyat serta kerajaan Malaysia.

Dengan tekanan inflasi yang semakin meninggi, kadar faedah yang dinaikkan dan ini akan menyebabkan kerugian kepada perbelanjaan kerajaan dari segi kenaikkan jumlah pembayaran hutang kerajaan, kata Sahmsul.

Bagi beliau, Abdullah seharusnya memikirkan kaedah untuk mengurangkan beban perbelanjaan meng! urus dari sudut lain dan bukan tertumpu hanya kepada penarikan subsidi minyak.
Pakar ekonomi menyatakan bahawa perbelanjaan mengurus kerajaan dapat dikurangkan sekurang-kurangnya 20% sekiranya amalan rasuah, kronisma dan nepotisma dapat diminimakan atau dihapuskan, katanya.

Bagi beliau, Abdullah seharusnya memikirkan jalan untuk menambah ketelusan serta kebebasan rakyat membetulkan perjalanan operasi kerajaan.

Ini akan mengurangkan tahap rasuah, kronisma serta salah guna kuasa yang menjadikan tanggungan perbelanjaan kerajaan menjadi tinggi dan hutang kerajaan menjadi semakin bertambah.

Langkah-langkah berikut adalah antara cadangan Angkatan Muda bagi mengurangkan kos operasi kerajaan:

Menjalankan tender terbuka dan menghentikan tender secara terus kerana ini akan mengurangkan kos apa-apa projek kerajaan;

Menjalankan analisa "cost-benefit" secara mendalam bagi apa-apa projek yang dicadangkan oleh kerajaan;

Menghapuskan akta draconian OSA, ISA, akta Mesin Cetak dan Media Elektronik, Akta Polis supaya perjalanan kerajaan menjadi telus dan rakyat bebas untuk mencegah rasuah yang berlaku di dalam operasi kerajaan. Langkah ini akan menjamin penurunan tanggungan kos;
Menambahbaik sistem pengangkutan awam supaya rakyat dapat memilih untuk tidak memandu kenderaan mereka;

Memberikan insentif bagi teknologi-teknologi alternatif seperti NGV bagi mengurangkan pergantungan kepada enjin yang menggunakan Petrol dan Diesel.

Setelah diberi peluang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri selama hampir tiga tahun Angkatan Muda beranggapan bahawa PM Abdullah adalah terlalu lemah dan tidak mampu lagi mentadbir negara ini. Rakyat Malaysia inginkan kepimpinan yang cekap, bertenaga dan berwibawa.

Rakyat perlukan perubahan kepimpinan, tegas berliau.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home