Saturday, June 03, 2006

Laporan polis berhubung Badan Anti-IFC

Laporan polis berhubung Badan Anti-IFC
Selvam Arjunan
Jun 1, 06 7:56pm




Terjemahan Satu lagi laporan polis dibuat terhadap Badan Anti-Suruhanjaya Antara Agama (Badai) berhubung kenyataan akhbar yang didakwa mengandungi ugutan terhadap Gabungan Article 11.

Dalam satu kenyataan bertarikh 16 Mei dan diedarkan melalui emel, Pengerusi Badai, Mohd Hafiz Nordin didakwa telah memanggil gabungan tersebut sebagai musuh Allah dan ia berdepan dengan risiko yang besar pada masa hadapan.

Laporan polis tersebut dibuat oleh wakil badan hak asasi manusia, Suaram Yap Swee Seng (kanan) dan Setiausaha Agung Hakam Elizabeth Wong (kiri) di ibupejabat polis Petaling Jaya.

Suaram dan Hakam merupakan anggota Gabungan Article 11 yang disertai 14 badan bukan kerajaan (NGO).

Wong berkata, kenyataan Mohd Hafiz itu mempunyai implikasi yang amat besar.

“Badai menyifatkan kita sebagai ‘musuh Allah’ dalam emel, jadi dalam kontak Islam, mereka menyebut kita sebagai musuh Tuhan dan ini menunjukkan mereka boleh melakukan apa sahaja terhadap kita,” tambahnya.

Mengadakan perbincangan

Pada 14 Mei, sebuah forum anjuran bersama Gabungan Article 11 dan Aliran mengenai kebebasan beragama, telah diberhentikan atas arahan polis selepas berlaku bantahan di luar tempat forum tersebut, yang dikatakan diketuai oleh Badai.

Tindakan Badai itu turut dikritik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

Antara lain, kenyataan Badai itu turut menggesa Nazri supaya bertaubat dan tidak menyokong Gabungan Article 11 yang didakwa boleh menggalakkan perbuatan murtad di kalangan umat Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Wong mengumumkan Gabungan Article 11 merancang untuk mengadakan satu lagi forum di Pulau Pinang bagi menggantikan yang sebelum ini. Forum yang sama juga dirancang diadakan di Sarawak dan Johor. Berita asal

0 Comments:

Post a Comment

<< Home